- manusia tidak pernah sempurna dan ilmu yang ada didunia ini sangat luas. terlalu banyak ilmu yang saya perolehi selama saya belajar. dari ilmu teori sehinggalah praktikalnya. semankin saya belajar, semankin saya rasa bahawa saya hanya seorang manusia yang begitu kerdil dan tidak berilmu.
- manusia begitu banyak ragamnya. Dalam kelas saya melihat pelbagai jenis manusia yang berbeza umur, pangkat, sikap dan pengalaman. Dengan belajar dan bermusafir bersama mereka saya cuba untuk belajar secara tidak formal. Cuba memahami bagaimana untuk menerima dan bersosial dengan mereka dengan cara berhikmah sesuai dengan personaliti mereka. belajarlah untuk merendah diri dan tidak bongkak.
- manusia perlukan manusia. saya menyedari bahawa dalam hidup ini saya tidak akan kedepan sekiranya saya mementingkan diri. dengan membantu dan menolong orang lain, saya mendapati bahawa jalan saya dihadapan semankin mudah dan sentiasa datang pertolongan Allah untuk saya.
- manusia yang rajin lebih baik daripada manusia yang pandai. saya meyedari bahawa saya bukanlah manusia yang penuh dengan ilmu dan pengalaman jika dibandingkan dengan rakan2 lain memandangkan usia saya yang masih muda dan pengalaman bekerja cuma setahun jagung. namun dengan usaha yang lebih giat, ianya membuahkan hasil yang baik, bahkan lebih baik daripada mereka yang lain.
- manusia sanggup berkorban untuk orang yang disayangi. saya hanya berjaya belajar kerana pengorbanan ibu bapa tersayang dan suami tercinta. mereka sumbber inspirasi yang sangat hebat. Cinta adalah kuasa yang membuat seorang berjaya. terima kasih tak terhingga buat suami terbaik kurnian Allah buat saya , MOHD ANIQ BIN ISMAIL atas pengorbanan yang besar. doakan sem ni 4 flat lagi.
Monday, December 12, 2011
Kenapa MASTER ???
Saya mengambil keputusan untuk sambung belajar bukan atas kesedaran diri sendiri tetapi sekadar mengikut misi kakak yang banyak bersabar dengan karenah saya.. dan akhirnya saya belajar banyak perkara selama hampir dua tahun meneruskan pengajian ini. Antaranya ialah ( sekadar pendapat sendiri )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sangat berilmiah... sangat bersemangat..
ReplyDeletesemangat membara..
ReplyDeleteTahniah! teruskan usaha dan perkongsian ilmu..
ReplyDeleteTahniah. Sebenarnya kamu adalah penyebab saya boleh bertahan dalam kelas kita.
ReplyDeletekepada semua teman-teman. marilah kita meneruskan sisa perjuang.. jangan tekanan dengan tugasan yang diberikan.. kita pernah berjaya melaluinya.. jadi, kita pasti boleh melaluinya lagi..
ReplyDeleteso sweet erna yg last skali tu .
ReplyDeleteadikmu,
aminah tuzikan.
Teruskan usaha, alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan....umur muda, sambung Ph.D.
ReplyDeleteSemoga berjaya utk kita semua..
ReplyDeletesalam akak..sy member c ermang, huhu..well, bole x sy gunakn sbb ke-5 tu utk up ckit smgt sy tuk continue study? Tp demi ibu bapa jak la..not husband..huhuhu, cuz skang ne trasa mcm tpaksa jak smbung study cuz bpa sy nk sgt....huhu, pa pon..all da best akak! Allah is owez b wit u..amin ^^
ReplyDeleteteruskan usaha yang murni itu..
ReplyDeleteبل واجب على طلب العلم واجب بالنسبة لنا بأنه مسلم...
ReplyDelete