Monday, December 12, 2011

Kenapa MASTER ???

Saya mengambil keputusan untuk sambung belajar bukan atas kesedaran diri sendiri tetapi sekadar mengikut misi kakak yang banyak bersabar dengan karenah saya.. dan akhirnya saya belajar banyak perkara selama hampir dua tahun meneruskan pengajian ini. Antaranya ialah ( sekadar pendapat sendiri )

  1. manusia tidak pernah sempurna dan ilmu yang ada didunia ini sangat luas. terlalu banyak ilmu yang saya perolehi selama saya belajar. dari ilmu teori sehinggalah praktikalnya. semankin saya belajar, semankin saya rasa bahawa saya hanya seorang manusia yang begitu kerdil dan tidak berilmu.
  2. manusia begitu banyak ragamnya. Dalam kelas saya melihat pelbagai jenis manusia yang berbeza umur, pangkat, sikap dan pengalaman. Dengan belajar dan bermusafir bersama mereka saya cuba untuk belajar secara tidak formal. Cuba memahami bagaimana untuk menerima dan bersosial dengan mereka dengan cara berhikmah sesuai dengan personaliti mereka. belajarlah untuk merendah diri dan tidak bongkak.
  3. manusia perlukan manusia. saya menyedari bahawa dalam hidup ini saya tidak akan kedepan sekiranya saya mementingkan diri. dengan membantu dan menolong orang lain, saya mendapati bahawa jalan saya dihadapan semankin mudah dan sentiasa datang pertolongan Allah untuk saya.
  4. manusia yang rajin lebih baik daripada manusia yang pandai. saya meyedari bahawa saya bukanlah manusia yang penuh dengan ilmu dan pengalaman jika dibandingkan dengan rakan2 lain memandangkan usia saya yang masih muda dan pengalaman bekerja cuma setahun jagung. namun dengan usaha yang lebih giat, ianya membuahkan hasil yang baik, bahkan lebih baik daripada mereka yang lain. 
  5. manusia sanggup berkorban untuk orang yang disayangi. saya hanya berjaya belajar kerana pengorbanan ibu bapa tersayang dan suami tercinta. mereka sumbber inspirasi yang sangat hebat. Cinta adalah kuasa yang membuat seorang berjaya. terima kasih tak terhingga buat suami terbaik kurnian Allah  buat saya ,            MOHD ANIQ BIN ISMAIL atas pengorbanan yang besar. doakan sem ni 4 flat lagi.